Surat dari hati


Assalammualaikum

Ni kisah tentang seorang gadis dan seorang lelaki. They know each other through social websites. Damn sweet! Gadis ni sayang sangat sangat dekat lelaki tu and lelaki tu pun sayang sangat dekat gadis tu. Lelaki tu baik, tak curang, jaga solat, penyayang dan suka kenakan girlfriend dia. Sebabkan sifat dia yang penyayang tu yang membuatkan gadis tu sangat sayang dekat dia. Gadis ni kuat cemburu, biasalah perempuan. Cemburu kan tanda sayang xD

Satu hari tu lelaki tu text gadis tu. Takpernah lelaki tu tanya soalan pelik, but that day lelaki tu tanya macam-macam.

Lelaki : Awak, saya nak tinggalkan awak *Mukasedih.jpg*

Gadis : Awak *nada sedih* kenapa awak ni?

Lelaki : Awak cuba bayangkan kalau saya dah takda? *fake smile*

Gadis : Dah dah, awak jangan nak merepek. Awak? kenapa ni?

Lelaki : alah awak ni, bayangkanlah.

Gadis : Taknak! saya taknak bayangkan. Awak tahukan saya sayangkan awak?!

Lelaki : ye sayang, saya tahu. Saya cakap "Kalau" kan?

Gadis : Dalam kamus hidup saya takda perkataan "Kalau"

Lelaki : Awak esok saya nak jumpa awak tau.

Gadis : Yeayy! Okay biyy <3

Lelaki : Bawa tisu. Hahahaha

Gadis : Kenapa nak bawa tisu?

Lelaki : Adalah~

Malam tu, lelaki tu tak text langsung. Gadis tu mula risau, dia rasa tak sedap hati. Dia text lelaki tu, but no replies. Dalam hati *Mungkin dia dah tidur*

Esoknya perempuan tu pergi ke rumah lelaki tu, tapi dia takda. Maknya kata dia ke pekan beli barang. Gadis tu pun pergi, tak lama hujan turun renyai-renyai dan seterusnya lebat. Gadis tu berlari ke pondok menunggu bas berhampiran

*1 text received*

Lelaki : Awak saya sayang awak! Awak dekat mana?

Gadis : Saya dekat pondok bas. Hujan lebat, saya stuck dekat sini.

Lelaki : Awak tunggu situ, saya ada benda nak cakap

20min later......

Lelaki : Awak, saya nak kita putus, kita takkan selamanya bersama.

Gadis : Awak! ape benda ni?! *setitis airmata menitis*

Lelaki : saya serious ni.

Gadis : Tak tipu, awak main mainkan?!

Lelaki : No, i'm serious. Please stay away from me *walks away*

Gadis : *Cry* sampainya hati awak.....

Gadis tu ditinggalkan dalam hujan, keseorangan, kesejukan. Gadis tu masih tidak percaya, dia masih berharap yang lelaki tu akan pusing dan katakan "Awak saya gurau je tadi" but he's not. Dia terfikir apa salah dia sambil menangis.

Hari ke hari, gadis tu mengurungkan dirinya didalam bilik. Menangis, menangis dan terus menangis. Lepas kejadian tu lelaki tu langsung tak menghubungi gadis tu. Ada juga gadis tu kerumah lelaki tu, tetapi jiran jiran kata keluarga lelaki tu telah berpindah 2minggu lepas.

Hinggalah suatu malam. Gadis tu menerima satu mesej dari kawannya.

A : *insert name* dia dah takda, dia dah takda.

Gadis : Kenapa?! dia pergi mana! jangan bergurau lah!

A : Dia dah takda, dia dah meninggal. Dia meninggal sebab kanser.

Gadis : Kau tipu kan! cakaplah yang kau sebenarnya tipu!

A : Ya Allah, aku tak tipu. Kau datanglah melawat dia dekat hospital sekarang.

Gadis tu segera pergi ke hospital, tak henti henti airmata mengalir. Sebak tak terkata perasaannya ketika tu.

*Hospital*


Gadis : Awak! awak dah janji taknak tinggalkan saya, awak dah janji nak kita kahwin, awak dah janji nak sama-sama dengan saya! Tapi kenapa awak tinggalkan saya dulu! Kenapa?! kenapa awak mungkir janji! *Sambil pegang erat tangan lelaki tu*

Wajah lelaki tu pusat lesu, tiada lagi darah yang mengalir, tiada lagi senyuman yang terukir, tiada lagi tangan yang mengusap tangisan.

Gadis : Awak bangunlah! Awak janganlah tidur lama lama macamni! Awak?!! 

Gadis tu benar-benar tak dapat menerima kenyataan. Kawannya menghulurkan sekeping surat yang ditulis oleh lelaki tu dengan nota bertulis "Surat dari hati"

Assalammualaikum cinta hati saya <3

Saya telah mengembara jauh disetiap pelosok dunia, namun awak juga yang tetap dalam hati saya. Saya tak tinggalkan awak sayang, saya tak tinggalkan awak. Saya cuma tidur untuk tenangkan diri saya, awak jangan nangis please, saya tak kuat dah nak lap airmata awak. Awak, pertama kali saya jumpa awak. Saya benar benar jatuh cinta pada awak, awak seolah olah magnet kutub utara yang menyambung pada magnet kutub selatan saya :') Demi Tuhan, saya taktahu kenapa setiap kali saya pandang awak, jantung saya seakan-akan berhenti dari setiap degupan. Saya tak dapat menipu perasaan saya yang saya memang sangat sayangkan awak. Saya cuma seorang lelaki yang percaya pada 1 gadis, 1 cinta dan 1 perkahwinan iaitu hanya dengan awak. Kan saya janji nak kahwin dengan awak? kan saya janji nak ada anak comel-comel macam awak, handsome handsome macam saya. Hehehe. Tapi awak, kita hidup sekali, kita mati pun sekali. Kita tak boleh nak tolak qada dan qadar Allah. Kalau awak pergi dulu saya redha, kalau saya pergi dulu awak kena redha. Awak, saya sebenarnya tak sampai hati nak bagitahu awak tentang penyakit saya, saya taknak kekasih hati saya sedih :'( saya minta maaf. Masa saya dapat tahu tentang penyakit saya. Saya rasa macam ajal tu dah dekat dengan saya, saya sedih awak, saya cuba berpura-pura kuat depan awak, saya cuba lawan penyakit saya demi awak tp awak, saya manusia saya tak mampu lawan kuasa Tuhan.

Awak,

sebelum saya pergi, sebelum saya pejam rapat mata saya. Saya nak awak tahu satu perkara yang tak pernah awak tahu. Kalau awak tanya, dalam mana cinta dan sayang saya pada awak inilah jawapan "Infinity" saya :

"Kalau suatu hari awak hilang suara, saya akan gantikan suara awak dengan suara saya supaya awak dapat bersuara, walaupun ketika itu saya tak mampu lagi nak bersuara"

"Kalau suatu hari nanti mata awak sakit, saya akan gantikan awak dengan mata saya supaya awak dapat melihat, walaupun ketika itu saya tak mampu lagi nak melihat awak"

"Kalau suatu hari nanti hati awak tawar, saya akan maniskan hati awak dengan hati saya supaya saya dapat terus berada didalam diri awak, walaupun ketika itu roh dan jasad saya dah terpisah"

Semuanya saya buat sebab saya sayangkan awak.

Awak, saya tunggu awak dekat syurga tau, saya nak tunaikan janji saya. Saya nak kahwin dengan awak disana. Saya akan jemput awak di pintu syurga :') Terima kasih awak kerana sayangkan saya.

With love
*insert name*

Air mata yang jatuh dipipi gadis itu, tidak berhenti henti. Gadis itu tidak dapat menahan sebak. Akhirnya dia redha dengan kepergian lelaki tu.

Orang pernah cakap 

"If you really love someone then let that person go. If that person is meant for you then that person will come back to you eventually but if that person does not then that person never meant for you in the first place"
Offically made by Muhammad Danial Syafiq
Hak cipta terpelihara 2012


P/s : Ini cuma rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers